HIDUP UNTUK MAKAN! PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN DEMI SESUAP TULANGG! eh?! apa pulak entry kali nih nk cerita? macam pelik aje? takpe2 mari kita sama2 terjah dan layan. ok post entry kali ini aku nak cerita tentang sesuatu yang pasti menyentuh perasaan hati setiap insan yang bergelar manusia. sebab apa? sebab aku yakin dan percaya setiap manusia itu pasti dikurniakan sifat ihsan bukan sahaja terhadap manusia, bahkan juga terhadap binatang, lebih2 lagi kucing.
Haa! oppss, terkantoi plak entry kali nih nk cerita berkaitan dengan kucing, baru ingat nak buat suprise tadi tapi dah terkantoi nk buat macam mana kan. ok acap kali, jika kita melihat kucing yang cantik dan terjaga rapi, pasti kita ingin membelai kucing tersebut kan? betul tak? tapi apa pulak nasib bagi kucing yang tidak bertuan? dimanakah mereka tinggal? apa yang mereka makan? pernah tak kita merenung nasib mereka semua? pernah tak kita membayangkan kita ada ditempat mereka??
"kucing gelandangan" atau acap kali digelar sebagai "kucing liar,kucing jalanan" dan macam2 lagilah nama pelik yang kucing nih dapat sempena musibah yang menimpa mereka. ape yang terjadi pada mereka juga tidak mereka inginkan. mereka meneruskan tradisi ibu dan ayah mereka juga mungkin, atau tiada siapa2 yang ingin membela mereka. nasib mereka tiada siapa yang tahu.
Baru2 nih idea menceritakan tentang kucing nih muncul sejak mata aku tertancap pada seekor kucing yang menyelak2 tong sampah untuk mencari makanan di kawasan hadapan kedai di pekan segamat. tiba2 aku jadi "thinking of something", kenapa kucing nih terbiar? mana rumah dia? tak bertuan ke dia? kesiannya. perasaan ingin menitis airmata tiba2 muncul. sebak pulak aku rasa tiba2 time tuh.
Mari kita lihat sama2 gambar yang sempat diambil, bagi menunjukkan bukti2 mereka adalah gelandangan terbiar, jom tgk.
Kucing yang sedang mengandung mencari makanan untuk anaknya.
Gambar ni diambil dihapan sebuah kedai kalau tak salah, nama kedai tu "yen huat" . kucing tuh baru sahaja melompat dari tong sampah yang ada disebelahnya.
Kucing yang sedang tidur di timbunan sampah dan ranting2 pokok. sekali pandang kelihatan seperti sampah, dua kali dan berkali2 pandang baru perasan ianya adalah seekor kucing.
Gambar nih diambil sebelum makan tengahari di kedai depan hospital, atau nama glamour nya Basikal / train.
Gambar ini tertangkap, tanpa disengajakan, takpelah boleh tengok jugak hehe.
kucing yang sedang melepaskan hajatnya.
kucing ini kelihatan tak bermaya, telinganya dipenuhi dengan kurap.
Gambar ini diambil di lokasi yang sama.
Kucing yang sedang berebut sebatang tulang gambar ini diambil di lokasi yang sama.
Gambar ini diambil di lokasi yang sama.
Takde ke badan2 amal yang menguruskan kucing2 terbiar nih? "hati aku terdetik", mungkin sebab banyak halangan yang berlaku, menyebabkan nasib mereka tidak terbela lagi. mungkin jugak sebab kos yang makin meningkat disebabkan harga barang yang maha atau apa sahaja alasan yang tercipta yang kita sendiri tak tahu. apa pun aku doakan agar mereka dapat survive!!
Banyak benda akan membuatkan kita akan berfikir secara kasar atau secara mendalam.(xde benda lain ke nk fikir, kucing pulak yang nk difikirkan?), macam aku mention atas tadilah kawan2, kita manusia pasti akan terfikir. Antara benda yang aku dapat selepas menyaksikan kejadian nih, adalah lepas nih aku nak jadi penternak kucing yang berjayalah apa lagi? haha gurau je.
Apa yang aku dapat simpulkan dengan kehidupan kita hari ini adalah :
1) jangan cepat menyerah kalah, hidup suatu perjuangan!
2) jangan mudah berputus asa.
3) belajar untuk independent, yakin pada diri.
4) hidup tak selalu indah.
5) kita perlu berkorban.
6) korang bolehlah buat korang punya judgement sendiri, aku tak larat nak tulis semua hehe.
P/s : hidup tak selalunya indah, cuma bagimana kita mewarnai kehidupan yang sukar itu agar ia menjadi ceria. ceria selalu. :')
No comments:
Post a Comment