Monday, December 5, 2011

NOVEL??


Assalamualaikum.

Post entry untuk kali ini aku nak cerita pasal novel. kenapa novel?? dah takde tajuk lain ke nak cerita ajam uii..pasal novel pulak kau nak cerita kali nih? mesti ada yang terdetik macam tu kat hati korang kan? takpela apa pun yang terlintas kat hati just ignore the feeling, sebab ada benda yang aku nk story sikit pasal novel nih.

haa!! korang suka tak membaca novel? kalau aku tanya kat perempuan, mostly perempuan akan kata suka! suka!, best sangat bace novel!, comment yang lagi best pun ada, siap cakap macam nih lagi, " kalau u nak tau i sanggup tak tidur malam tau semata2 nak layan novel". wahh! apa yang best nye baca novel nih?. itu jawapan dari segelintir respondant perempuan. apa pulak respondant lelaki kata?? novel? bosan lah!, apa barang lelaki layan novel??, tak macholah lelaki baca novel?? . mostly lelaki akan cakap macam tuh. tapi tak semua lelaki akan berkata macam tuh, ada jugak yang akan jawab seperti jawapan perempuan diatas tadi. maaf tiada siaran ulangan sila baca dan fokus pada pembacaan anda haha.

Ok let's go to the point. dulu2 bila aku tengok je lelaki membaca novel, terdetik kat hati aku, " apelah lelaki baca novel, mesti budak jiwang karat nih " (jahat seyh aku nih) huhu tapi tuh dulu lah. people change! remember that! huhu.

Novel sebenarnya banyak jenis dan juga criteria, kita boleh pilih novel tersebut berdasarkan apa yang kita suka. ada novel yang menceritakan kisah2 cinta berlandaskan islam, novel berunsurkan negara, politik dan macam2 lagi lah. contohnye, kalau remaja mereka pasti akan suka novel2 yang berunsurkan cinta, sebab diorang kan dah gatal nk berkahwin, eh tak lah, aku memain jew. mestilah kita akan membaca mengikut sesuatu yang sesuai dengan jiwa dan usia kita. btol tak? pendapat aku jela, pendapat setiap orang berbeza kan? huhu

Ape yang aku dapat gambarkan tentang novel nih, novel nih ibarat macam "abc" yang aku cerita kat post aku yang sebelum nih, novel tak mengenal lapisan usia. semua orang mampu memilikinya, ( eh!? dah cm iklan lah plak haha), semua orang pasti akan terpikat dan juga tertarik dengan novel sekiranya pembacaan tersebut datang dengan penghayatan. sedih beb! huhu

persepsi dan juga tanggapan aku mula berubah selepas aku membaca sebuah novel, dah lamalah tak ingat pulak aku novel apa yang aku baca. mula2 baca tuh macam biasa lagi, tapi bila dah lama2 makin best pulak jadinye membaca novel nih. (serius ini cerita betul, bukan rekaan semata2). memang boleh addicted (bak kate orang putih lah) kalau kita dah baca novel nih.

kadang2 aku terdiam dan terpikir kenapa aku mesti baca novel? soalan yang terpacul di minda aku pasti akan diiringi dengan jawapan yang spontan, aku pasti akan berkata " daripada aku kacau orang, lebih baik aku bace novel". dapat jugak aku berangan2 sekejap hehe

Novel adalah satu tempat untuk kita berfantasi dan berimaginasi untuk seketika, wahhh. ape tuh? kita membayangkan kita sebagai watak dalam novel tersebut lah, baru datangnya feel untuk layan novel tersebut. kalau kita membaca tanpa adanya perasaan novel tersebut pasti akan merasa bosan. tapi semua itu bergantung jugak pada kreativiti si penulis a.k.a penulis novel tersebut.


Ha, antara novel yang aku baca dan telah pun selesai membaca. ceritanya sangat best dan berlainan jalan ceritanya untuk setiap novel. cerita dan juga seni penyampaian yang berbeza.

~Rayyan Fantasi~


Rayyan fantasi ni aku just pinjam dari abang aku je, pasal abang aku pun ada yang layan novel, huhu antara best seller, tapi tak ingat tahun bila. lama juga lah. huhu



~Selamat malam kekasih~


Novel selamat malam kekasih ni, aku pinjam dari STER (bukan nama sebenar, gelaran bagi seorang kawan aku di kampus). serius ia juga merupakan novel yang best. tak percaya cubalah baca. huhu


Ingat lagi masa nak pinjam novel nih, (perbualan antara aku dan ster) lebih kurang macam ni lah. correct me if i wrong ok?

aku : ster aku nk pinjam novel boleh?
ster : pinjam novel? novel ape??
aku : apa2 lah aku tak kisah pun.
ster : jap2, kau layan novel ke??
aku : kenape? lelaki tak boleh baca novel kew??
ster : tak lah, aku cam pelik je.
aku : takde peliknya lah. nak bagi pinjam tak?
ster : ha ok2 aku bagi, jaga elok2 ok? kalau tak ganti novel baru!!
aku : ok! thanks
ster : welcome.

* dalam hati yahoooo!!! haha



Ok2 kita cerita tentang novel yang seterusnya.

~selaut kasih~



Novel selaut kasih juga tak ketinggalan, aku dapat baca novel nih sebab main tukar2 baca novel ngn kak long(gelaran bagi seorang kawan aku di kampus juga).


Ha! akhir sekali novel yang paling latest, or novel yang terbaru aku baca, cinta kontrak. novel nih sangat2 best. rugi kalau korang tak baca novel nih, harganya cuma rm20 sahaja. haha promote lah plak, tapi serius best.

~Cinta kontrak ~



Novel cinta kontrak ni pon aku just pinjam dari adik aku je, aku pon tak beli, haha btw, ape pon yang penting dapat baca novel nih. seronok sangat ngeee~

Oklah tak kira lah novel apa pun yang korang semua baca, yang penting korang semua happy dan bahagia.

P/s : Nama peminjam novel dirahsiakan atas sebab hak cipta terpelihara, takut menyinggung mana2 pihak yang terlibat, btw thanks to all. sekian kata ceria selalu :').

No comments:

Post a Comment